Isu CFTC Dan Binance, Pasaran Kripto Menjadi Huru-Hara?

199

Pasaran mata wang kripto berhadapan dengan peristiwa kurang baik yang dilihat bakal berantai. Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan AS telah memfailkan saman terhadap bursa mata wang kripto terkemuka dunia dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

CFTC mendakwa Binance dan Changpeng Zhao kerana tidak mematuhi kebanyakkan peraturan sedia ada. Pasaran terus bertindak balas berikutan sentimen ini dan harga Bitcoin menjunam di bawah $27K.

Semasa penulisan, harga BTC didagangkan pada $26,892.29, kejatuhan sebanyak 3.12% dalam tempoh 24 jam. Ia berjaya pulih sedikit selepas menjunam ke paras terendah harian sekitar $26,508 (di Binance).

Terdapat berbagai dakwaan dalam aduan sepanjang 74 halaman, beberapa daripadanya ada menyatakan bahawa Binance telah menerima pesanan dan memudahkan perdagangan yang melibatkan berbilang aset kripto untuk pelanggan di AS, dan sebagainya.

Sentimen ini telah mempengaruhi pemain pasaran dalam mengambil pegangannya. Altcoin turut didagangkan rendah untuk sebahagian besar, dengan satu-satunya pengecualian yang ketara ialah XRP Ripple.

Secara keseluruhannya, ia adalah hari yang tidak baik untuk pasaran dan kini pasaran beri tumpuan pada tuntutan mahkamah CFTC terhadap Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat