Isu-Isu Tumpuan Pelabur Memberi Isyarat Risiko Bakal Kembali Melanda Pasaran

439

Setakat sesi dagangan Eropah, ini antara beberapa isu yang berlegar dalam pasaran dan menjadi tumpuan pelabur di mana turut mempengaruhi perubahan sentimen semasa.

Jangkaan optimis pasaran terhadap perkembangan rundingan dagang AS-China dijejaskan oleh kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa beliau masih belum bersedia untuk mencapai perjanjian perdagangan bersama China.

Federal Reserve akan menerbitkan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis ini untuk mesyuarat penghujung Julai lalu di mana kadar faedah telah diturunkan namun Pengerusi Fed, Jerome Powell menegaskan bahawa tindakan penurunan kadar tersebut bukanlah permulaan untuk penurunan kadar yang lebih besar selepas ini.

Jerome Powell akan berucap di Jackson Hole, Wyongmin pada Jumaat ini yang merupakan acara tahunan menghimpunkan ahli-ahli bank pusat dan Menteri kewangan dari seluruh dunia.

Dagangan matawang safe-haven Yen dan Swiss franc turut dilihat lemah dengan sentimen pasaran yang tidak menentu. Namun penganalisis pasaran masih menjangkakan pasaran akan kembali berisiko.

Perkembangan di Eropah, dagangan dolar Euro kekal berisiko dengan ketidaktentuan yang melanda di mana Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte telah meletak jawatan semalam.

Di Britain, Canselor Jerman Angela Merkel yang mengeluarkan kenyataan positif terhadap isu Brexit telah melonjakkan dagangan Pound Sterling pada sesi New York semalam.

Beliau menyatakan bahawa penyelesaian yang lebih praktikal perlu difikirkan untuk kesepakatan terhadap isu sempadan Ireland.

Menteri Hal Ehwal Eropah Jerman, Michael Roth dalam kenyataannya pada akaun media sosial, keharmonian Ireland Utara dan integrity pasaran tunggal EU adalah bukan untuk dirundingkan Kesatuan Eropah. Komen beliau adalah susulan pertemuan PM Johnson dan Angela Merkel semalam.

Data yang menjadi tumpuan pelabur pada malam ini adalah bacaan indeks harga pengguna di Kanada dengan jangkaan kenaikan pada kadar inflasi. Seterusnya, tumpuan akan terarah pada minit mesyuarat FOMC pada jam 2 pagi.

Dengan perkembangan pasif rundingan dagang AS-China, ketidaktentuan politik di Eropah serta risiko Brexit, pelabur akan tetap berwaspada berdepan jangkaan sentimen berisiko pasaran menjelang simposium Jackson Hole pada penghujung minggu ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat