Isu Perang Dagang Yang Semakin Reda Mendorong Peningkatan Saham Di US Dan Asia

397

Bursa saham Asia pada hari ini dibuka kukuh berikutan sentimen isu perang dagangan yang semakin reda. Bursa-bursa utama Asia mengalami pengukuhan mengikuti peningkatan di bursa saham Amerika Syarikat (AS), Wall Street.

Berdasarkan laman sesawang CNBC,  indeks Nikkei 225 dibuka tinggi dengan peningkatan 1.65%. Saham-saham daripada sektor eksport meningkat seperti pengeluaran kereta iaitu Toyota dan Honda. Saham teknologi juga mencatat peningkatan pada hari ini.

Indeks Kospi, Korea Selatan mengalami peningkatan sebesar 1.08% pada awal perdagangan. Peningkatan ini didorong oleh sektor pengeluaran chip.

Indeks saham acuan Australia, S&P/ASX 200 naik 1.29%. Sektor tenaga dan minyak merupakan sektor yang menunjukkan peningkatan tertinggi dengan naik 2.15% dan 1.94%.

Dalam pasaran Amerika Syarikat, Wall Street menunjukkan pengukuhan apabila indeks Dow Jones menunjukkan bacaan menaik selepas mengalami kerugian empat hari berturut-turut. Hal ini dipicu dariapda kenyataan Donald Trump yang ingin mengenakan cukai import terhada keluli 25% dan 10% untuk aluminium.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat