Isu Perang Dan Kenaikan Kadar Terus Gugat Sentimen Pelabur Dalam Pasaran

203

Sentimen kebimbangan terus menguasai pasaran dengan pelabur bersiap sedia untuk kenaikan kadar yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan perang Rusia-Ukraine yang memberi kesan kepada bekalan minyak.

Ekoran daripada itu, saham sektor perbankan, tenaga dan perlombongan yang mencatat keuntungan mendorong pasaran ekuiti Asia.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun naik 0.2%, didorong oleh keuntungan dari indeks perlombongan dan perbankan Australia sementara Nikkei Jepun canak 1.7% pada 27,276.

Menurut Manishi Raychaudhuri, pakar strategi ekuiti Asia-Pasifik BNP Paribas, pelabur sedang menerima hakikat bahawa bank pusat di pasaran maju akan menormalkan dasar monetari Fed selain turut memerhatikan impak kenaikan harga komoditi yang mungkin memberi manfaat.

Di pasaran Wall Street, saham teknologi melantun dari kerugian terbaharu dengan indeks purata Dow Jones Industrial naik 254.47 mata atau 0.74% pada 34,807.46, S&P 500 capai 50.43 mata atau 1.13% pada 4,511.61 dan Nasdaq Composite tambah 270.36 mata atau 1.95% pada 14,108.82.

Penanda aras hasil 10 tahun lonjak ke paras tertinggi hampir 3 tahun pada 2.3330%.

Niaga hadapan dana Fed ditetapkan harga peluang 2/3 untuk kenaikan kadar 50 mata asas pada bulan Mei.

Komen Pengerusi Fed, Jerome Powell pada Isnin berkenaan tindakan ‘tegas’ bank pusat untuk menaikkan kadar, terus menjadi kebimbangan kepada pelabur selain konflik perang diantara Rusia-Ukriane.

Pasaran kewangan memperlihatkan Yen Jepun, yang sensitif terhadap kenaikan kadar AS, jatuh 120 per dolar dan terakhir didagangkan sekitar paras 119.90.

Euro jatuh 0.2% pada $1.0992 sementara indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang utama lain naik 98.758.

Bagi pasaran komoditi pula, niaga hadapan minyak memanjangkan keuntungan apabila berita mengenai sesetengah ahli Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan sekatan terhadap Rusia dan serangan ke atas kemudahan minyak Saudi telah menyebabkan kegelisahan di pasaran.

Minyak mentah Brent naik 2.9% pada $118.93 setong dan minyak mentah AS tambah 2.4% pada $114.85 setong.

Emas jatuh sedikit pada $1930.27 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat