Isu Perdagangan AS-Kanada Menjadi Semakin Rumit!

83

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Donald Trump sekali lagi bercakap mengenai perdagangan dua hala pada Rabu ditengah-tengah ketegangan terhadap isu kayu halus dan tenusu.

Pejabat Trudeau enggan mendedahkan siapa yang memulakan panggilan telefon mahupun memberitahu sebarang butiran mengenai kandungan perbualan tersebut.

Situasi ini amat jarang berlaku apabila menyaksikan kedua-dua pemimpin berbincang bagi tempoh dua hari berturut-turut, sekali gus mencerminkan ketegangan diantara kedua-dua negara.

Menurut satu kenyataan daripada pejabat Trudeau, kedua-dua pemimpin meneruskan dialog mengenai hubungan AS-Kanada dengan sedikit penekanan oleh Trudeau mengenai kepentingan kestabilan dan pertumbuhan pekerjaan.

Dalam pada itu, salah seorang pegawai kanan pentadbiran berkata pada Rabu bahawa Trump dikatakan sedang mempertimbangkan mengenai perintah eksekutif untuk menarik keluar Amerika Syarikat daripada perjanjian NAFTA yang melibatkan Kanada dan Mexico.

Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland mengatakan bahawa kedua-dua negara telah mencapai kemajuan di dalam perbincangan sebelum ini. Namun, mereka masih memerlukan rundingan lanjut dan menambah bahawa AS perlu menghormati Kanada memandangkan negara tersebut merupakan pembekal kayu halus utama buat AS.

Freeland juga mengatakan beliau telah mengadakan perbincangan yang agak panjang dengan Ross pada hari Ahad dan Isnin mengenai industri kayu. Beliau juga menyifatkan bahawa tarif yang dikenakan bersifat tidak adil.

Di Washington, Persatuan Kebangsaan Pembina Rumah berkata, perlaksanaan cukai akan menjejaskan jumlah upah dan menaikkan harga rumah.

Sementara itu di Quebec, Perunding Industri Kayu, Raymond Chretien berkata kedua-dua pihak harus cuba untuk menyelesaikan pertikaian ini. Jika tidak, sentimen pasaran akan terjejas dengan isu ini.

Sentimen Pasaran Terjejas, Harga Minyak Mentah Menjunam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat