Sentimen Pasaran Terjejas, Harga Minyak Mentah Menjunam!

34

Harga minyak menurun pada Khamis kerana sentimen pasaran komoditi tersebut terjejas dengan lonjakan jumlah inventori.

WTI mentah diniagakan pada $49.34 setong, menyusut sebanyak 28 sen daripada harga penutup sebelum ini. Buat masa ini, WTI mentah telah kehilangan kira-kira 8.5 peratus daripada puncak tertinggi yang dicapai pada April.

Sementara itu, minyak Brent yang menjadi penanda aras bagi minyak mentah antarabangsa berada pada $51.58 setong, menurun sebanyak 24 sen.

Peniaga komoditi ini berkata, kejatuhan harga minyak mentah baru-baru ini berpunca daripada kesedaran bahawa pasaran minyak global masih kekal dibanjiri dengan lebihan bekalan walaupun OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain berusaha untuk mengurangkan sebanyak 1.8 juta tong minyak mentah sehari dalam separuh pertama tahun ini.

Menurut penganalisis pasaran kanan di Oanda Singapura, pasaran global yang jelas mempunyai lebihan stok akan menambah kesukaran kepada proses perjanjian OPEC.

Selain itu, Amerika Syarikat melaporkan penurunan di dalam stok minyak mentah komersil pada Rabu, namun masih berlegar berhampiran paras tertinggi menurut rekod.

Namun begitu, harga minyak mentah kekal mendapat sokongan sederhana apabila OPEC dijangka akan melanjutkan proses pembekuan bekalan melebihi Jun tahun ini.

Bank of Japan Meletakkan Pandangan Yang lebih Yakin Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Jepun!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat