Grand Theft Auto VI (GTA VI) memulakan pelancaran global pada 19 November 2026 selepas penantian 13 tahun, dengan kos pengeluaran dianggarkan sekurang-kurangnya AS$1 bilion. Menurut Reuters, permainan keluaran Rockstar Games itu boleh dimainkan mulai tengah malam mengikut pasaran masing-masing, bermula di New Zealand, untuk konsol PlayStation 5 serta Xbox Series X dan S.
Firma analitik Sensor Tower menganggarkan hampir 16 juta salinan sudah terjual dengan nilai melebihi AS$1.5 bilion setakat Selasa, dua hari sebelum pelancaran. Namun, jangkaan tinggi turut membawa risiko: masalah teknikal, tahap kesukaran dan jalan cerita yang tidak memenuhi harapan boleh menjejaskan reputasi serta jualan seterusnya.
GTA VI membawa pemain ke Vice City, versi fiksyen Miami di negeri Leonida yang berasaskan Florida. Pemain akan bertukar antara dua watak utama, Lucia Caminos dan Jason Duval, pasangan yang terlibat dalam kegiatan jenayah. Bahagian utama permainan dianggarkan mengambil masa sekitar 50 jam untuk diselesaikan, dengan aktiviti termasuk menyelam serta lokasi seperti kelab malam dan zoo.
Harga GTA VI untuk PS5 di Malaysia ketika pelancaran:
🎮 Standard Edition: RM339
🎮 Ultimate Edition: RM419
























































