Corak penurunan harga kembali dipamerkan pada pergerakan carta pasangan mata wang GBP/USD Selasa semalam.
Paras ketinggian harga yang dicapai pada Jumaat lalu nampaknya gagal diatasi setelah kenaikan harga dipaparkan di awal minggu ini.
Harga yang berlegar di paras ketinggian sekitar 1.27650 di sesi Asia semalam kemudiannya membuat penurunan sehingga kembali semula ke paras tumpuan 1.27000.
Seperti dijangka akan berlaku reaksi pada zon penting tu, harga tidak terus tembus ke bawah sebaliknya mendatar di atasnya sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Namun, pergerakan harga yang sudah mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish bakal bermula.
Jika US dolar teruskan prestasi yang positif hari ini, penurunan lebih rendah harga di bawah paras 1.27000 berkemungkinan akan berlaku.
Seterusnya, penurunan harga bakal dilanjutkan untuk menuju sasaran sehingga ke zon tumpuan 1.26000.
Namun, menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran.
Harga juga boleh melonjak tinggi semula dari paras semasa 1.27000 jika US dolar kembali melemah.
Melepasi halangan MA50 akan mendorong kenaikan diteruskan menuju rintangan pada paras 1.27700.
Seterusnya, zon 1.28000 akan menjadi tumpuan penting jika harga masih membuat kenaikan untuk menguji zon rintangan pada penghujung Disember lalu itu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG