Isyarat Dovish Powell Lonjakkan EUR/USD Ke Paras $1.1000!

161

Pasaran akhirnya menemui jawapan pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi apabila kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan untuk dinaikkan lebih rendah iaitu pada 25 mata asas ke paras terbaru 4.75%.

Ini telah memberi kesan kejatuhan ketara nilai US dolar sehingga mencecah ke paras terendah 9 bulan selepas pelabur meneliti kenyatan susulan oleh Presiden Fed, Jerome Powell yang bernada dovish.

Meskipun Fed masih mengekalkan objektif untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran 2%, namun Powell memberi isyarat bahawa kenaikan kadar faedah yang rendah ni akan diteruskan untuk beberapa mesyuarat lagi selepas ini.

Walaupun melihat langkah pemotongan kadar faedah adalah tidak bersesuaian dilaksanakan pada tahun ini, namun tidak menafi bahawa perkara tersebut bakal berlaku.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan lonjakan harga melepasi zon rintangan 1.09000 dan akhirnya mencapai paras sasaran pada ketinggian terbaru pada 1.10000.

Kenaikan harian sekitar 150 pips telah dipamerkan selepas pasaran memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat yang menyaksikan US dolar menyusut lebih ketara.

Isyarat bullish telah dinilai lebih awal semalam ketika harga sudah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Namun pelabur perlu waspada ketika pasaran menantikan pula keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) dan juga menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dilihat masih meneruskan momentum kenaikan apabila telah melepasi paras 1.10000 dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan lagi pada sesi-sesi berikutnya.

Untuk kenaikan lanjut yang dijangkakan, harga dilihat bakal maju menuju pula sasaran pada zon tumpuan seterusnya, 1.12000.

Mencapai paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 11 bulan.

Namun, waspada sekiranya harga buat kejutan dengan memaparkan corak penurunan ketika menuju penghujung minggu.

Jika berlaku penurunan semula, harga bakal kembali menguji zon 1.09000 yang sebelum ini merupakan zon rintangan buat harga.

Jika zon tersebut gagal melantukan harga naik kembali, penurunan bakal dilanjutkan menuju ke zon 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat