Itali Berhadapan Risiko Kejatuhan Pasaran Kewangan Seperti U.S. Pada 2008

48

Bank tertua dunia Montei dei Paschi berpotensi untuk gagal mengumpulkan dana 5 bilion Euro dan berhadapan risiko campurtangan kerajaan yang terbesar sejak sedekad yang lalu.

Tiada pelabur besar yang berminat dalam penjualan saham mereka menurut bank yang berpangkalan di Itali ini. Sebelum ini para pelabur telah mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran bon berjumlah 2.5 bilion euro.

Syarikat pengurusan dana dari Qatar yang sebelum ini dikaitkan dengan pelaburan 1 bilion Euro tidak menunjukkan komitmen untuk membeli saham Montei dei Paschi.

Ketua Pegawai Eksekutif bank tertua dunia ini Marco Morelli telah pergi ke seluruh pelusuk dunia dalam usaha untuk mendapatkan pelabur yang melibatkan penjualan saham dan 28 bilion euro ‘bad loans‘.

Penganalisis Manuela Meroni mengatakan, “Campurtangan kerajaan akan berlaku yang akan merisikokan pemegang saham Montei Paschi dan jika bank ini dapat diselamatkan akan mengurangkan ‘systemic risk‘ dalam sektor perbankan Itali”.

Dalam bidang kewangan, Systemic-risk adalah risiko kejatuhan keseluruhan sistem kewangan atau pasaran kewangan yang disebabkan oleh satu-satu entiti seperti Montei dei Paschi. Dan kita sudah pernah melihat perkara seperti ini berlaku apabila Lehman Brothers membawa ekonomi Amerika jatuh pada 2008.

Sebelum ini dua lagi bank di Itali dikaitkan dengan kebankrapan iaitu Bank Vineto dan Bank Papolare de Vicenza yang merupakan sebahagian dari perancangan pakej 20 bilion euro kerajaan Itali.

Saham Montei dei Paschi gagal dibuka hari ini pada Khamis berikutan harga saham yang semakin merosot. Saham Montei Paschi mencatatkan 87% kejatuhan nilai saham tahun ini dari 120 euro pada Januari kepada 16.58 euro setakat pada masa artikel ini ditulis.

 

German turut sama berhadapan risiko ini!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat