Ekonomi China menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih kukuh selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan, menyaksikan aktiviti pembuatan merekodkan peningkatan terbesarnya dalam tempoh 11 tahun.
Mencerap data yang dikeluarkan pada sesi Asia, indeks PMI pembuatan meningkat kepada 52.6 pada bulan Februari, iaitu merupakan bacaan tertinggi sejak April 2021.
Sementara indeks PMI bukan pembuatan dalam kedua-dua sektor perkhidmatan dan pembinaan pula melonjak 56.3, tertinggi sejak Mac 2021.
Secara berasingan, tinjauan PMI swasta oleh Caixin yang memfokuskan syarikat lebih kecil juga memaparkan peningkatan pada bulan Februari, meningkat kepada 51.6 daripada 49.2 pada Januari.
Pengukuhan ini disokong oleh peningkatan dalam kedua-dua bekalan dan permintaan apabila pengeluaran beransur-ansur kembali normal.
Pasaran Asia menyambut baik laporan PMi yang kukuh tersebut, menyaksikan dolar Aussie dan New Zealand memadamkan kerugian, manakala yuan pula meningkat lebih tinggi.
Ekonomi China telah terkesan teruk pada tahun lepas disebabkan dasar sifar Covid-19 yang dilaksanakannya untuk membendung penularan.
Namun, disebabkan ekonominya telah jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju lain, menyebabkan kerajaan terpaksa mengetepikan dasar tersebut dan sekatan kembali diangkat semula pada Disember 2022.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran? Jom join komuniti kami! ~Klik sini