Itu Dia! Pelabur Emas Sambut Baik Kenyataan Powell

1,407

Emas meneruskan pendakian lebih tinggi selepas kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang kurang hawkish mendorong US dolar terus melemah.

Berbeza daripada yang digambarkan dalam laporan minit mesyuarat FOMC baru-baru ini, Fed dilihat tidak begitu agresif untuk melaksanakan pengurangan (tapering) selepas beliau memberitahu bahawa pengurangan dalam balance sheet mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Kenyataan yang kurang hawkish ini telah mendorong dagangan dolar greenback untuk lebih lemah dan hasil bon AS 10 tahun menyusut, sekali gus memberi peluang kepada logam berharga emas meningkat.

Selain itu, penyusutan yang dicatatkan dalam hasil bon AS 10 tahun juga menyokong dagangan emas untuk mencatat keuntungan.

Namun begitu, Powell mengakui bahawa ekonomi AS bersedia untuk kadar faedah lebih tinggi dan mengetatkan program kuantitatifnya untuk memerangi inflasi, ketika memberi keterangan dalam acara pencalonan semulanya sebagai Pengerusi Fed pada Selasa.

Pada sesi Asia hari ini, spot emas diniagakan stabil pada sekitar harga $1,820 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit menokok pada $1,819 per auns.

Pelabur kini menantikan penerbitan data inflasi AS yang akan dikeluarkan pada sesi New York, di mana ia dijangka akan menunjukkan penurunan pada bulan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat