Itu Dia! Rusia Ugut EU Untuk Beli Gas Dalam Mata Wang Rubel

2,330

Rusia telah menggesa negara-negara ‘tidak mesra’ supaya mula membayar gas dalam mata wang rubel atau ia akan memotong bekalan sekiranya mereka enggan berbuat demikian.

Pada Jumaat, Presiden Vladimir Putin telah menandatangani perintah yang menyatakan pembeli mesti membuka akaun rubel di bank Rusia.

Beliau turut mengatakan bahawa tiada siapa yang menjual apa-apa kepada mereka secara percuma, dan Moscow tidak akan melakukan amal jariah. Oleh itu, kontrak sedia ada akan dihentikan.

Tuntutan Putin dilihat sebagai salah satu langkahnya untuk meningkatkan semula nilai mata wang rubel yang telah dilanda sekatan oleh Barat.

Perintah yang dikeluarkan presiden itu bermakna pembeli asing gas Rusia perlu membuka akaun di Gazprombank Rusia dan memindahkan euro atau dolar AS ke dalamnya.

Gazprombank kemudiannya akan menukar mata wnag tersebut kepada rubel yang seterusnya bakal digunakan untuk membuat pembayaran gas.

Hal ini juga secara tidak langsung menunjukkan kesediannya untuk menyekat eksport ke negara-negara Eropah terutamanya Kesatuan Eropah (EU) yang sangat bergantung kepada gas dan minyak Rusia.

Sebagai respon kepada tindakan Rusia, Jerman mendakwa perubahan tersebut sebagai ‘pemerasan’.

Sejak Rusia menyerang Ukraine, negara Barat telah mengeluarkan sekatan ekonomi dan perdagangan ke atas Moscow, tetapi Kesatuan Eropah tidak meletakkan larangan ke atas minyak atau gas, tidak seperti AS dan Kanada, kerana negara anggotanya sangat bergantung padanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat