Jabatan Kehakiman AS Rampas $112 Juta Dari Skim Pelaburan Kripto!

332

*Berhati-hati la kalau nak buat pelaburan apa-apa, kalau tak sampai bila nak kena scam.”

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dapat menghalang skim pelaburan mata wang kripto palsu dengan merampas enam akaun yang mengandungi aset digital bernilai $112 juta setelah mendapat kelulusan daripada Hakim di Daerah Arizona, Daerah Tengah California dan Daerah Idaho.

Menerusi dokumen difailkan dalam kes itu, penjenayah menemui mangsa melalui dalam talian dan memujuknya untuk melabur wang tunai dalam platform dagangan kripto palsu, di mana wang tunai mereka akan dihantar ke akaun yang dikawal oleh rakan penjenayah tersebut.

Tindakan tersebut boleh didefinisikan sebagai organisasi jenayah transnasional yang gabungkan penipuan dengan teknologi untuk memperdaya rakyat AS, ujar penolong peguam negara Kenneth A. Polite Jr dari Bahagian Jenayah Jabatan Kehakiman.

Sebagai rekod, Pusat Aduan Jenayah Internet (IC3) FBI melaporkan bahawa orang awam mengalami kerugian $3.31 bilion dalam tipu daya pelaburan pada 2022 apabila penipuan melalui kripto mewakili sebahagian besar skim tersebut.

FBI berkata mangsa berumur 30 hingga 49 tahun adalah antara individu paling banyak kehilangan dana dalam skim pelaburan kripto susulan penjenayah sentiasa sasar mangsa mereka melalui rangkaian sosial dan platform komunikasi dalam talian seperti website temu janji, panggilan telefon serta mesej.

Selepas mendapat kepercayaan mangsa dalam tempoh beberapa bulan, penjenayah akan mendorong mereka ke laman web pelaburan kripto atau rakan jenayahnya yang menyamar sebagai khidmat pelanggan mahupun guru pelaburan.

Secara umumnya, penjenayah itu membina aplikasi mudah alih sama seperti platform dagangan asli yang boleh diakses menggunakan wallet kripto dan mereka menunjukkan keuntungan ketara diperolehnya tetapi ia hanyalah palsu semata-mata.

Seterusnya bagi kukuhkan lagi kepercayaan mangsa, mereka diberi pilihan untuk keluarkan sebahagian daripada pendapatan awalnya tetapi mangsa yang membuat pelaburan besar sama sekali tidak dapat mengeluarkan dananya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat