Jack Ma Secara Rasmi Letak Jawatan di Alibaba Hari Ini!

1,734

Ketika Alibaba Group Holding Limited menyambut ulang tahun yang ke-20, Jack Ma secara rasmi telah meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif di syarikat e-perdagangan gergasi China itu pada hari ini.

Jack Ma yang merupakan pengasas syarikat Alibaba sememangnya telah menyatakan hasrat beliau untuk berundur sejak tahun lalu.

Walaupun telah berundur, beliau dijangka akan masih meneruskan khidmat untuk pembentukan hala tuju syarikat tersebut pada masa hadapan dan juga masih memiliki 6.22% saham syarikat.

Beliau turut disenaraikan sebagai salah seorang individu terkaya China dengan pemilikan aset bernilai hampir mencecah $40 bilion.

Dalam kenyataan Ma dalam satu acara pada September tahun lalu, beliau menyatakan sebelum mencecah usia 70 tahun, beliau berhasrat untuk berbuat sesuatu dalam bidang yang lain, seperti dalam bidang pendidikan.

Bergelar jutawan selepas menceburi bidang perniagaan, beliau merupakan bekas guru Bahasa Inggeris dan sering menceritakan minat beliau dalam bidang pendidikan.

Oleh itu, pengunduran beliau bertarikh 10 September iaitu merupakan Hari Guru di China seolah simbolik terhadap sesuatu mesej tersirat yang ingin beliau sampaikan. Lebih bermakna, tarikh 10 September hari ini merupakan tarikh lahir beliau yang ke 55 tahun.

Jawatan pengerusi di syarikat Alibaba bakal diambil alih oleh Daniel Zhang yang merupakan CEO Alibaba Group sejak 2015.

Jack Ma meninggalkan Alibaba Group ketika syarikat tersebut dikatakan berada di puncak dan meyakinkan bahawa pengunduran beliau bukanlah satu pengakhiran, namun satu permulaan yang baru bagi syarikat perdagangan elektronik gergasi itu untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat