Jaga-Jaga China, Australia Bakal Ambil Tindakan

484

Australia bakal memperkenalkan undang-undang yang membolehkan kerajaan melaksanakan veto terhadap perjanjian yang dibuat oleh kerajaan tempatan dan organisasi awam dengan negara asing.

Lapor BBC, langkah itu bakal mengancam perjanjian kontroversi negeri Victoria yang dipersetujui oleh China.

Keputusan negeri tersebut untuk menandatangani inisiatif Jalur dan Laluan China mengundang kritikan daripada kerajaan pusat Australia serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo.

Inisiatif berkenaan merupakan projek infrastruktur global yang bertujuan memperluaskan rangkaian perdagangan global.

Institut Confucius yang dikendalikan oleh kerajaan China yang beroperasi di universiti Australia merupakan yang berkemungkinan terjejas oleh undang-undang baharu itu.

Di bawah undang-undang baharu terbabit, semua negeri dan kerajaan tempatan serta universiti perlu memaklumkan kepada kerajaan pusat tentang perjanjian sedia ada mereka dengan negera asing. Segala rundingan yang bakal diadakan adalah tertakluk kepada persetujuan oleh Menteri Hal Ehwal Luar, Marise Payne.

Ujar Payne, adalah penting dasar luar Australia dipacu oleh kepentingan nasional demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara itu.

Menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, undang-undang baharu itu amat penting untuk menunjukkan Australia bersatu hati.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat