Jaga-jaga! China Sedia Untuk ‘Comeback’

295

Kerajaan China berazam akan merangsang pemulihan penggunaan dalam memacu ekonomi dan meningkatkan import, lapor CCTV pada hari Sabtu.

Pada hujung minggu, Perdana Menteri Li Keqiang telah mempengerusikan mesyuarat kabinet, di mana mereka membincangkan usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi susulan pembukaan semula negara itu daripada penutupan Covid-19.

Ketika pertemuan tersebut, kabinet itu juga berjanji untuk mempercepatkan pelancaran projek pelaburan asing, mengekalkan kestabilan mata wang yuan, memudahkan perjalanan rentas sempadan dan membantu syarikat menyertai pameran perdagangan dalam dan luar negara.

Tambahan daripada itu, sokongan terhadap sektor swasta dan ekonomi platform digital turut ditekankan yang dahulunya terkesan oleh beberapa siri peraturan kawal selia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, ahli kabinet juga membincangkan usaha untuk menyokong petani memulakan penanaman musim bunga dengan memberi subsidi.

Pihak berkuasa cukai melaporkan pada hari Sabtu bahawa penggunaan melonjak 12.2% semasa cuti tahun baru Cina selama seminggu yang berakhir pada Jumaat, daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Ini secara tidak langsung mencerminkan lantunan semula dalam penggunaan selepas pelonggaran sekatan Covid-19 dilaksanakan seluruh negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat