Jaga-jaga Dengan Ugutan UK

413

UK akan mengancam untuk membuang beberapa syarat perjanjian yang mengatur perdagangan pasca-Brexit dengan Ireland Utara, dengan mengatakan pengaturan tersebut terlalu bahaya untuk dikekalkan.

Menteri Brexit UK, David Frost yang bakal berucap di persidangan Parti Konservatif pada Isnin, akan mendesak Kesatuan Eropah (EU) untuk membantu mencari penyelesaian kepada masalah perjanjian tersebut, menurut pernyataan yang dikeluarkan parti tersebut.

Britain telah mendesak blok itu selama berbulan-bulan untuk merundingkan semula syarat-syarat dalam protokol Ireland Utara yang mengatur perdagangan antara UK dan wilayahnya yang berrbatasan dengan anggota EU, Ireland.

Bagaimanapun, desakan tersebut tidak mendapat perhatian EU yang mengatakan tidak untuk mengadakan rundingan.

Pada bulan lalu juga, David Frost telah memberitahu kesediaan UK untuk menangguhkan perjanjian tersebut secara sepihak dengan mengancam menggunakan perlindungan Artikel 16, yang memungkinkan kedua-dua pihak menangguhkan perjanjian tersebut jika ia menimbulkan kesan negatif.

Menurut petikan dari ucapannya, Frost akan mengatakan bahawa syarat penggunaan perlindungan Artikel 16 telah dipenuhi.

Dalam pada itu, Brussels akan segera memberi tindak balas terhadap ‘kertas arahan’ yang dikemukakan oleh London pada Julai yang meminta perubahan pada protokol.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat