Jaga-jaga! EU Sedia Nak Lawan China

521

Kesatuan Eropah (EU) dilapor akan mendedahkan butiran pelan pelaburan global, di mana ia dilihat bakal menjadi saingan kepada inisiatif Belt and Road oleh China.

Belt and Road merupakan strategi pembangunan infrastruktur global yang diguna pakai oleh kerajaan China pada tahun 2013 untuk melabur kepada hampir 70 negara dan organisasi antarabangsa.

Ini merupakan salah satu usaha Presiden Xi Jinping bagi memperluaskan kuasa ekonominya melalui dasar luar.

Menurut maklumat dari sumber yang mengetahui perkara itu, EU akan menetapkan idea yang ‘konkrit’ mengenai skim digital, pengangkutan, iklim dan tenaga.

Ia dianggap sebagai sebahagian daripada usaha Barat untuk mengekang pengaruh China di Afrika dan negara lain.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dikatakan akan membentang inisiatif yang dipanggil sebagai ‘Global Gateway‘ pada hari Rabu.

Tambahan daripada itu, EU juga dikatakan sedang mencari usaha bagaimana ia boleh menggunakan berbilion euro yang akan diambi daripada negara anggota, institusi kewangan dan sektor swasta.

Von der Leyen sebelum ini pernah mengatakan bahawa EU mahukan pelaburan dalam infrastruktur berkualiti, menghubungkan barangan, orang dan perkhidmatan di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat