Seperti amaran yang telah diberikan, pelabur menyaksikan perubahan pada pergerakan pasaran semasa khususnya melibatkan mata wang US dolar.
Setelah bergerak lemah sejak minggu lalu bersambung ke minggu ini, US dolar mula dilihat pulih pada Khamis semalam untuk mengurangkan sedikit kerugian yang berterusan sebelum ini.
Mata wang utama lain dalam pasaran kembali ditekan susut semula mengubah corak pergerakan sebelumnya termasuk Euro.
Euro telah kembali berundur semula setelah mencapai paras tertinggi 5 bulan terbaru berbanding US dolar minggu ini.
Pada carta pasangan EUR/USD, harga kenaikan yang diteruskan melepasi paras 1.11000 telah mencapai ketinggian 5 bulan sekitar 1.11400 di sesi Eropah semalam.
Namun bersambung pada sesi New York, harga paparkan terjunan mencecah 1.10600 di penghujung sesi mencatatkan penurunan harian sekitar 80 pips.
Mula memberi amaran perubahan trend bearish apabila harga telah kembali bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika harga gagal lepasi semula paras 1.11000, penurunan lebih rendah boleh berlaku ketika penutup dagangan hari terakhir untuk tahun ini.
Sasaran adalah untuk harga jatuh semula ke paras 1.10000 jika US dolar berjaya kekalkan pengukuhan dengan lebih baik.
Namun jika US dolar kembali bergerak pada landasan penyusutannya, harga berkemungkinan akan mendaki semula di atas paras 1.11000.
Seterusnya, paras ketinggian semalam dijangka untuk diatasi sebelum harga catatkan paras ketinggian yang baru lagi sebelum tirai dagangan 2023 berlabuh.
Paras 1.12000 masih menjadi sasaran untuk dicapai pada jangkaan kenaikan yang diteruskan harga selepas ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG