Jaga-Jaga Pelabur! Kripto Ini Diramal Bakal Tembus Ke Bulan

1,745

“Pelabur tak minta banyak pun, naik sedikit demi sedikit pun jadilah.”

Hedera yang dikuasakan oleh teknologi Hashgraph proprietarinya sendiri menyaksikan lonjakan ketara dalam Total Value Locked (TVL)* bernilai $127 bilion.

*Mengukur jumlah nilai semua aset yang dikunci ke dalam protokol DeFi

Perkara positif berikut berkemungkinan berlaku disebabkan peningkatan aktiviti DeFi yang terjadi pada rangkaian Hedera melalui Dex, misalnya Saucerswap dan Heliswap.

Selepas suku ketiga, Hedera secara berterusan menyaksikan tanda-tanda peningkatan sementara TVL termasuk pemindahan dan kiraan transaksi turut meningkat sebanyak 123% serta 70% dalam tempoh tiga bulan lepas.

Hedera turut didapati memperoleh pelbagai manfaat setelah melancarkan beberapa projek seperti Zoop, Clout.art, Numbers & RoadCode dan beberapa perniagaan lain.

Susulan perkembangan berikut, mata wang kripto HBAR yang diasas oleh Hedera berjaya melonjak melebihi 85% dalam tempoh 90 hari lalu dan kini berada pada paras $0.0868 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $2 bilion.

Suka dimaklumkan bahawa HBAR termasuk seluruh pasaran kripto mampu melihat pergerakan positif sekiranya Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengamalkan pendirian lebih dovish dan keadaan makroekonomi yang memberangsangkan.

Namun, harga HBAR berpotensi mendaki tinggi jika Hedera mengumumkan penambahan ahli ke-28 pada majlis pentadbiran mereka, di mana syarikat besar yang sudah menyertainya adalah Goole, Boeing, LG, IBM dan Dell.

Berminat nak tahu tentang dunia kripto yang mampu buatkan anda semua ingin menerokainya setiap hari? Jom sertai komuniti kripto kami. – TEKAN SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat