Jaga-Jaga Untuk Dagangan EUR/USD Hari Ini!

986

Pasaran kewangan pada dagangan awal minggu ini masih menyaksikan US dolar bergerak lemah berbanding hampir kesemua mata wang utama berikutan keyakinan pelabur terhadap sentimen positif dalam pasaran.

Sentimen pasaran disokong oleh harapan terhadap Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk mempercepatkan pelaksanaan bantuan rangsangan ekonomi selepas pemerintahan telah diambil alih oleh Presiden Joe Biden.

Situasi optimis berjaya meredakan kebimbangan terhadap varian virus baru susulan kebanyakan negara menampilkan laporan keputusan imunisasi vaksin yang memberangsangkan.

Penyusutan US dolar di awal minggu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh mata wang Euro apabila pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD mendatar sepanjang hari.

Harga meniti paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam dan tidak bertenaga untuk menguji paras rintangan 1.21500.

Namun pelabur masih yakin harga bergerak dalam trend bullish yang dijangka akan menyaksikan kenaikan lebih tinggi harga pada minggu ini sekiranya terus berada di atas paras sokongan MA50.

Sesi Asia pada Selasa melihatkan harga cuba untuk membuat kenaikan dari paras sokongan MA50 menuju ke zon rintangan 1.21500, namun pergerakan harga kekal perlahan.

Sesi Eropah dijangka akan membuatkan pergerakan lebih aktif dipengaruhi oleh terbitan data pertumbuhan KDNK Eropah dan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi zon rintangan pada 1.21500-1.21800 bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju pula ke zon rintangan 1.22500.

Sebaliknya jika harga menjunam dan memberikan tanda-tanda awal perubahan trend bearish, pelabur akan menjangkakan harga turun menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.20900 terlebih dahulu.

Jika penurunan lebih rendah berlaku, paras-paras sokongan pada 1.20000 serta 1.19500 akan kembali menjadi tumpuan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat