Jaga-jaga! Warren Buffet Jangka Banyak Lagi Bank Akan Runtuh

1,101

Jutawan dan ikon pelaburan terkenal Warren Buffet memberi amaran bahawa lebih banyak kegagalan bank boleh berlaku dalam masa terdekat.

Walaupun begitu, pendeposit tak perlu risau kerana walaupun berlaku kejatuhan sektor perbankan, pendeposit tidak akan kehilangan dana mereka.

Ujarnya, “keputusan bodoh” pengurus bank tidak sepatutnya menakutkan rakyat Amerika Syarikat terhadap sesuatu yang mereka tidak perlu panik.

Buffet malah berkata bahawa beliau sanggup bertaruh bahawa tiada pendeposit akan kehilangan wang.

Namun, beliau memberi peringatan bahawa saham-saham bank yang bermasalah bukanlah pelaburan bernilai walaupun kerajaan telah bertindak untuk melindungi pendeposit.

Kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) bulan lalu telah mencetuskan panik dalam sektor perbankan, menyebabkan pendeposit berpusu-pusu mengeluarkan wang mereka dari bank itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Berkshire Hathaway itu turut mengkritik bank kerana terlibat dalam perakaunan yang mengelirukan untuk meningkatkan keuntungan mereka.

Beliau juga mengkhabarkan telah menjual saham bank tertentu selepas melihat tanda-tanda masalah dalam pendapatan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat