Jangan Harap Rusia Nak Guna Matawang Sendiri Bayar Eksport Gas! – G7

6,910

Kumpulan tujuh ekonomi utama (G7) bersepakat menolak permintaan Rusia untuk membayar eksport gas asli dalam mata wangnya, rubel.

Menteri tenaga Jerman, Robert Habeck mengatakan semua menteri G7 bersetuju sepenuhnya bahawa permintaan Rusia akan menjadi berat sebelah dan pelanggaran jelas terhadap kontrak sedia ada untuk gas asli.

Menteri-menteri tenaga Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Amerika Syarikat, UK dan Kanada, serta pesuruhajaya tenaga Kesatuan Eropah (EU) telah bertemu melalui persidangan video dan mengesahkan bahawa kontrak mesti dihormati dengan kebanyakan pembayaran yang ditetapkan adalah dalam euro atau dolar AS.

Tambah Habeck lagi, mereka akan menggesa syarikat yang terjejas supaya tidak mengikut permintaan Presiden Rusia, Vladimir Putin itu.

Pada minggu lalu, Putin mengumumkan bahawa Rusia akan meminta negara ‘tidak mesra’ membayar gas asli hanya dalam mata wangnya mulai sekarang, dengan mengarahkan bank pusat membuat prosedur bagi pembeli untuk mendapatkan rubel di Moscow.

Negara tidak mesra ialah senarai negara yang diterbitkan oleh Moscow kerana terlibat dalam aktiviti yang dianggap oleh kerajaan sebagai ‘tidak mesra’ kepada Rusia. Pada mulanya ia hanya menyenaraikan AS dan dan Republik Czech sebelum diperluaskan kepada 48 negara lain termasuk kesemua 27 negara EU.

Permintaan tersebut telah memacu harga gas yang sudah sedia tinggi untuk meningkat lebih jauh di tengah-tengah kebimbangan bahawa ia mungkin menjadi permulaan kepada penutupan gas asli, yang boleh mengganggu ekonomi Eropah dan menjejaskan kewangan Rusia.

Penganalisis menyifatkan langkah itu sebagai percubaan untuk menyokong semula rubel yang telah mengalami kejatuhan parah sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari dan sekatan oleh negara-negara Barat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat