Jangan Ingat Berita Ini Tak Akan Bagi Kesan Pada Pasaran!

919

Pelabur pada awal minggu dikejutkan dengan berita kurang menyenangkan mengenai perkembangan rundingan perdagangan Brexit, menyebabkan hampir kesemua matawang utama memperlihatkan jurang perbezaan jarak pembukaan harga (gap).

US dolar meningkat berbanding kebanyakan matawang utama memandangkan para pelabur bergegas untuk mendapatkan perlindungan daripada aset safe-haven.

Bukan itu sahaja, malah berita mengenai mengenai penemuan strain baharu coronavirus di UK telah menekan matawang utama lebih rendah pada pembukaan sesi Asia hari ini.

Hal ini kerana ia telah menimbulkan kebimbangan baru buat dunia sehingga memaksa beberapa negara menutup sempadan mereka daripada UK selepas Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan sekatan Covid-19 tahap empat di London dan sebahagian England untuk memerangi wabak tersebut.

Matawang pound dibuka susut ekoran berita mengenai penemuan tersebut, selain turut menerima tekanan oleh ketidakpastian Brexit yang kembali menghantui pasaran selepas UK dan Kestauan Eropah (EU) dilaporkan masih bertegas dalam menuntut lebih banyak konsesi antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, perkhabaran positif daripada Amerika Syarikat kembali mengimbangi matawang utama daripada jatuh lebih rendah selepas Kongres AS dilaporkan telah mencapai kesepakatan dalam pakej rangsangan coronavirus yang bernilai $900 bilion.

Euro masih bertahan di atas paras harga 1.22000 pada sesi Asia walaupun sedikit susut berikutan kebangkitan semula dolar greenback.

Matawang Asia, dolar kiwi dan dolar Aussie pula masing-masing mempamerkan penyusutan berikutan kebimbangan terhadap penemuan varian strain Covid-19 baru di Britain, namun cuba bertahan dengan berita mengenai pakej bantuan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat