Krisis Virus Makin Kritikal, UK Kena Sekat!

773

Negara-negara Eropah telah mula melaksanakan sekatan perjalanan ke atas para pelancong United Kingdom (UK) selepas varian baharu Covid-19 menular di London dan Tenggara England.

Ireland, Jerman, Perancis, Itali, Belanda dan Belgium antara negara yang melaksanakan sekatan tersebut.

Beberapa jam selepas Britain mengumumkan penemuan varian itu, Belanda mengeluarkan kenyataan akan melaksanakan sekatan perjalanan pesawat dari UK bermula 1 Januari. Selain itu, Belanda turut mengenakan sekatan perjalanan feri yang tiba dari UK.

Perancis juga menyekat semua laluan perjalanan, termasuk lori muatan dari UK untuk tempoh 48 jam daripada Sabtu hingga semalam.

Satu mesyuarat melibatkan Kesatuan Eropah (EU) akan dibincangkan pada hari ini bagi membincangkan langkah sekatan yang lebih tersusun.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Sabtu lalu memperkenalkan sekatan baharu tahap empat di lokasi yang terjejas dan beliau terpaksa membatalkan arahan untuk melonggarkan sekatan perjalanan sempena Hari Krismas.

Pakar-pakar kesihatan berkata tiada bukti bahawa varian baharu itu adalah lebih berbahaya atau memberi reaksi berbeza terhadap vaksin tetapi 70% lebih mudah berjangkit.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock menyifatkan penemuan varian baharu itu adalah satu perkara yang buruk buat negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat