Jangan Ingat Hari Ni Cuti, Trader Tak Perlu Tahu Tentang Pasaran & NFP!

739

Pasaran bergerak perlahan dalam dua sesi berturut-turut pada dagangan hari Jumaat di tengah-tengah penutupan pasaran shaam dan bon global sempena cuti Good Friday.

Namun begitu, tumpuan utama pelabur kekal tertumpu kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York akan datang.

Ekonomi AS dijangka menambah sebanyak 228,000 pekerjaan pada bulan Mac, turun sedikit daripada 311,000 yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Sementara itu, kadar pengangguran pula diramalkan kekal tidak berubah pada tahap 3.6% seperti yang dicatatkan bulan terdahulu.

Penting juga buat pelabur adalah bacaan data purata pendapatan AS sebagai petunjuk utama kepada inflasi pengguna.

Dagangan mata wang kekal perlahan pada sesi Eropah, menyaksikan indeks dolar diperdagangkan sedikit berubah pada 101.95 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Euro dan pound pula mendatar dengan harga berlegar pada sekitar harga yang sama ketika pelabur mengelakkan diri daripada memasuki posisi menjelang data NFP.

Dolar Aussie dan New Zealand pula mencatatkan sedikit kenaikan, di mana masing-masing didagangkan pada sekitar harga 0.6679 dan 0.6261 berbanding US dolar pada awal sesi Eropah.

Pada sesi New York, pasaran Wall Street akan ditutup dan bon ula dibuka separuh hari.

Walaupun cuti, pelabur tetap menjangkakan data NFP akan memberi impak kepada pasaran mata wang meskipun agak terbatas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat