“Semua kripto trending ni dah naik banyak x, mesti siapa beli dah untung banyakkan.”
Di tengah-tengah Bitcoin (BTC) menembusi $67,000, seluruh pasaran mata wang kripto turut melihat pendakian harga yang agak memberangsangkan. Oleh itu, berikut adalah lima altcoin trending pada masa ini yang digembar-gemburkan.
Solana (SOL)
Setelah sekian lama melemah, harga SOL akhirnya berjaya bangkit semula di atas $175 pada Sabtu lepas apabila seluruh pasaran kripto termasuk BTC menunjukkan pemulihan ditambah pula memecoin di dalam ekosistemnya turut menunjukkan kenaikan.
Pada masa ini, harga BTC yang didagangkan pada paras $170 telah merekodkan junaman sedikit 1.49% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $76 bilion tetapi masih raih 19.23% sepanjang minggu lepas.
Pepe Coin (PEPE)
PEPE dipilih sebagai pilihan utama pelabur dalam altcoin disebabkan pencapaiannya yang sangat menakjubkan, di mana harganya pada tahun ini sahaja telah meningkat dua kali ganda bagi mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu.
Menerusi pemerhatian, PEPE yang menggunung sehingga paras $0.00001156 pada 15 Mei 2024 telah meningkat kira-kira 11.14% dalam masa tujuh hari lepas sebelum kini merudum semula pada $0.00000933.
Toncoin (TON)
Selepas penglibatannya dalam program pembayaran iklan Telegram, gembar-gembur TON yang semakin meningkat telah menyebabkan imejnya dalam pasaran kripto turut melonjak sehingga harganya cecah $7.44 pada minggu lepas.
Chainlink (LINK)
LINK berjaya mencanak 22% dalam beberapa hari lepas yang menjadikan harganya melepasi $17 pada hari ini dan perlu diketahui aset digital tersebut telah melihat kenaikan berterusan sejak November 2023.
Dogwifhat (WIF)
Susulan raih populariti dalam beberapa minit sahaja selepas pelancarannya, harganya yang kini didagangkan pada 2.60% selepas melepasi $3.68 pada Isnin lepas dijangka mampu tembus $10 pada tahun ini disebabkan populariti dan permintaannya dalam pasaran kripto.