Jangan Lupa! Malam Ini Keputusan Polisi BOC Bakal Gegar Pasaran

777

Ketika tumpuan pasaran terarah kepada mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan, pelabur juga tidak melupakan pertemuan dasar Bank Pusat Kanada (BOC) yang akan berlangsung malam ini.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah diharapkan, tetapi pelabur menjangkakan bank pusat akan mengesahkan semula rancangan untuk menaikkan kadar faedah awal tahun depan berikutan data ekonomi yang terus menunjukkan angka positif.

Ini dapat dilihat daripada pergerakan matawang loonie yang mendapat sokongan untuk mencatat peningkatan terbesarnya dalam tempoh dua setengah bulan berbanding US dolar.

Pada pertemuan polisi Oktober, BOC telah mengejutkan pasaran dengan menamatkan program pembelian bonnya secara tiba-tiba dan mempercepatkan unjuran kenaikan kadar faedah dari separuh kedua kepada suku kedua 2022.

Sejak itu, data-data ekonomi terus menunjukkan pemulihan yang konsisten, meningkatkan optimisme untuk bank pusat terus menawarkan pandangan hawkish untuk dasar monetarinya.

Pertumbuhan pekerjaan Kanada mengalahkan ramalan pasaran dengan lebih 153,000 mendapat pekerjaan baharu. Pasaran buruh bukan sahaja telah kembali ke tahap pra-pandemik tetapi ekonomi berada pada tahap guna tenaga penuh.

Kenyataan yang hawkish (positif) dari bank pusat boleh memberi kesan ketara terhadap dolar loonie untuk meningkat lebih tinggi. Sebaliknya, jika BOC mengambil langkah untuk kembali dovish berikutan ketidakpastian varian Omicron, matawang itu mungkin kembali mencatat kerugian.

Apa pandangan anda untuk keputusan BOC malam ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat