Jangan Main-main UK, EU Dah Bagi Amaran Ni

473

Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk mempertimbangkan tindakan balas yang lebih keras jika UK gagal melaksanakan kewajiban pasca Brexit ke atas Ireland Utara, menurut seorang pegawai EU.

Kesabaran EU dikatakan semakin menipis dan ia mungkin menggunakan semua pendekatan yang ada jika UK gagal menghentikan tindakan dan ancaman sepihak dalam pertelingkahan mengenai isu Ireland Utara.

Ireland Utara telah menjadi titik tumpuan utama antara UK dan EU sejak Britain keluar daripada blok itu pada awal tahun ini, di mana protes telah tercetus di wilayah itu sebagai penentangan terhadap pemeriksaan sempadan baru dan dokumen kastam perdagangan untuk melintasi Laut Ireland.

Susulan itu, EU telah mengambil tindakan undang-undang terhadap UK kerana secara sepihak mengubah syarat perjanjian pasca-Brexit mereka berkenaan protokol Ireland Utara.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, wakil presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic memberi amaran kepada UK untuk tidak mengambil tindakan sepihak lagi bagi menangguhkan pemeriksaan pasca Brexit apda barangan yang memasuki Ireland Utara dari Britain.

Kenyataan itu dibuat ketika UK dan EU dijangka akan mengadakan pertemuan pada hari Rabu bagi mencari jalan penyelesaian mengenai isu tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat