Jangan Pandai-Pandai Trump!

421

Seorang penyelidik terkemuka Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci menyelar kenyataan Presiden Donald Trump berhubung pemakaian topeng muka tidak akan membantu melawan pandemik Covid-19 selain menyebarkan maklumat palsu berkaitan keberkesanan ubat malaria hydroxychloroquine.

Kenyataan Trump itu disiarkan menerusi rakaman video di akaun Facebook dan Twitternya dan ditonton oleh lebih 17 juta orang namun video itu dipadam kerana dikatakan menyebarkan maklumat palsu.

Dalam video terbabit, Trump mendakwa hydroxychloroquine boleh merawat Covid-19 dan pelitup muka serta perintah berkurung tidak berkesan dalam melawan virus itu.

Menurut Fauci, beliau berkata setiap data kajian menunjukkan hydroxychloroquine tidak berkesan dalam merawat Covid-19.

Bulan lalu, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) memberi amaran tentang penggunaan dadah untuk merawat pesakit Covid-19 susulan laporan terdapat pesakit yang mengalami degupan jantung tidak normal serta pelbagai isu kesihatan lain.

Malahan, kajian dilakukan oleh Institut Kesihatan Nasional AS serta para penyelidik di seluruh dunia juga tidak menjumpai sebarang bukti bahawa hydroxychloroquine akan membantu merawat Covid-19.

Anda mungkin juga berminat