Jangan Panik! Walaupun Emas Turun, Tapi…

1,144

Harga emas kembali didagangkan stabil setelah menjunam ke paras terendah hampir satu bulan pada sesi sebelum ini, di tengah-tengah kebimbangan Federal Reserve (Fed) akan mula membincangkan mengenai pengurangan dalam pelonggaran dasar monetarinya.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan pada $1,863 per auns, setelah mencapai tahap terendah sejak 17 Mei pada $1,848 per auns pada sesi New York. Sementara niaga hadapan emas pula susut pada $1,865 per auns.

Penurunan harga emas pada sebelum ini, menyusuli peningkatan dalam hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali menyentuh paras 1.50%.

Bagaimanapun, kenaikan yang dipamerkan oleh hasil bon tidak bertahan lama dan ini memberi peluang buat dagangan logam berharga emas untuk meningkat semula.

Menurut penganalisis, lonjakan drastik hasil bon dan penurunan indeks saham Dow Jones menggambarkan keyakinan pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan memulakan perbincangan mengenai pengurangan pembelian bon (tapering) pada minggu ini.

Namun, pada masa yang sama terdapat juga pelabur yang tidak yakin bahawa Fed bersedia untuk berbincang mengenainya.

Penerbitan data jualan runcit AS pada malam ini, akan menjadi fokus utama pasaran sementara menantikan keputusan mesyuarat polisi FOMC pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat