Jangan Risau, Kes Ripple Bakal Berakhir Pada Bulan Jun! – Charles Hoskinson

400

“Yakinnya Hoskinson, macam mana kalau kata-katanya tak menjadi kenyataan pun nanti.”

Semasa berada dalam temu bual “Surprise AMA” di YouTube, pengasas Cardano (ADA) dan Ethereum (ETH) Charles Hoskinson sungguh yakin pertempuran undang-undang antara Ripple (XRP) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) akan selesai pada bulan Jun 2023.

Secara konteks, AMA bersamaan “Ask Me Anything” adalah rancangan temu bual secara langsung yang berorientasikan komuniti sosial dengan tetamu istimewa, di mana format itu berasal dari Reddit tetapi Hoskinson melakukan temu bual tersebut di strim langsung YouTube.

Suka dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XRP, Brad Garlinghouse dan pelabur sangat percaya kes itu akan menemui kejayaan susulan pembukaan dokumen William Hinman adalah salah satu petanda kemenangan besar bagi aset digital tersebut.

Menerusi transkrip ucapan 2018 oleh Hinman, bekas pengarah SEC berhujah bahawa kripto adalah komoditi dan pengerusi Suruhanjaya Dagangan Niaga hadapan Komoditi (CFTC) bersetuju dengan kenyataan itu.

Setelah sekian lama berada dalam pertempuran undang-undang dengan SEC yang mendakwa XRP sebagai sekuriti, harga aset digital tersebut masih tidak menentu dan pelabur tidak pasti apa akan berlaku seterusnya.

Meskipun begitu, pasaran kripto tetap berharap XRP akan berkembang dan membangun semula melalui aktiviti network termasuk pembangunan roadmap.

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 3.44% pada paras $0.50 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $26 bilion tetapi masih mencatatkan kenaikan sekitar 11.84% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat