Jangan Risau! Walaupun Pekerjaan UK Lemah, Tapi …

450

Kadar pengangguran UK meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun pada suku keempat 2020 ketika negara itu berada di bawah pelaksanaan semula penutupan coronavirus.

Pada pembukaan sesi Eropah, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan kadar pengangguran UK meningkat kepada 5.1% pada tiga bulan terakhir 2020, iaitu paling tinggi sejak suku pertama pada tahun 2016.

Namun begitu, angka yang dicatatkan ini dilihat masih jauh lebih rendah daripada dijangkakan jika tanpa skim sokongan pekerjaaan coronavirus oleh kerajaan.

Bacaan terbaru ini akan meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Boris Johnson untuk menunaikan janjinya untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi menyokong pekerjaan dan perniagaan melalui krisis tersebut.

Ketika mengumumkan pelonggaran langkah sekatan secara berperingkat pada hari Isnin, Johnson memberi isyarat jelas bahawa Menteri Kewangan Rishi Sunak akan menggunakan belanjawannya pada 3 Mac untuk memperluaskan sokongan kerajaan yang akan berakhir tidak lama lagi.

Pengangguran di UK telah dikurangkan oleh puluhan bilion subsidi upah, yang mana ia masih menyokong hampir 4 juta pekerjaan pada akhir tahun lalu susulan penutupan kedua coronavirus yang telah menjejaskan ramai pihak.

Tambahan masa untuk program selanjutnya selepas 30 April mungkin boleh membantu UK untuk mengelak daripada mengalami kehilangan lebih banyak pekerjaan seperti yang diramalkan oleh penganalisis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat