Jangan Risau! Walaupun USD Susut Tapi …

988

Setelah melonjak lebih tinggi pada Rabu, raja matawang USD kembali mengurangkan keuntungannya yang turut menyusuli penurunan hasil bon AS.

Indeks dolar naik menghampiri paras ketinggian satu tahun pada sesi New York selepas data pekerjaan ADP sektor swasta AS menunjukkan bacaan yang lebih kukuh daripada dijangkakan pada bulan September.

Ekonomi AS menambah sebanyak 568,000 pekerjaan dalam sektor swasta pada bulan lalu daripada bacaan yang disemak semula sebanyak 340,000 pada bulan sebelumnya. Bacaan ini juga lebih baik daripada dijangkakan untuk kenaikan sebanyak 425,000.

Ini sekali gus mengangkat harapan pelabur untuk melihat pengukuhan yang sama dalam laporan pekerjaan NFP yang bakal dikeluarkan pada Jumaat.

Namun, US dolar kembali susut selepas pemimpin Senat Republikan Mitch McConnell memberi kebenaran kepada Demokrat untuk menggunakan prosedur normal untuk luluskan lanjutan pembiayaan had siling hutang (debt ceiling) yang telah mengangkat sentimen pasaran dan mendorong saham AS kembali didagangkan positif.

Langkah ini akan memberi lebih banyak masa untuk Demokrat dan Republikan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Dolar greenback yang pada mulanya menyentuh paras tertinggi pada 94.44 ketika sesi New York, kembali susut ke sekitar harga 94.20 berbanding kebanyakan matawang utama.

Walaupun begitu, US dolar masih dilihat lebih kukuh kerana disokong oleh keyakinan pelabur untuk bacaan yang lebih kuat dalam laporan NFP AS, sekali gus meningkatkan lagi harapan untuk pengurangan dalam pembelian bon oleh Federal Reserve.

Kenaikan semula yang dipamerkan hasil bon AS 10 tahun pada sesi Asia hari ini setelah susut sebelum ini, mungkin akan menyokong untuk US dolar kembali meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat