Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis!

395

Pekerjaan swasta Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan meningkat lebih dari yang dijangkakan pada bulan September berikutan kes jangkitan pandemik yang semakin berkurangan . Perkara ini membolehkan rakyat Amerika melakukan perjalanan, mengunjungi restoran dan melakukan aktiviti yang memerlukan kontak rapat.

Pertambahan kerja swasta meningkat sebanyak 568,000 pekerjaan pada bulan lalu, lapor Laporan Pekerjaan Nasional ADP pada hari Rabu. Data pada bulan Ogos yang disemak semula catat bacaan yang lebih rendah dengan hanya 340,000 pekerjaan berjaya ditambah berbanding bacaan awal 374,000. Bacaan bulan September juga jauh mengatasi sasaran yang ditetapkan para pakar ekonomi iaitu 428,000.

Laporan ADP dikembangkan bersama dengan Moody’s (NYSE: MCO) Analytics merupakan laporan yang memberikan gambaran awal mengenai pekerjaan menjelang penerbitan laporan yang lebih komprehensif pada Jumaat nanti.

Pakar ekonomi di JPMorgan, Daniel Silver walaubagaimanapun memberi amaran bahawa data ADP ini hanyalah memberi gambaran awal dan ia bukanlah peramal yang tepat untuk data NFP.

Disisi lain ahli ekonomi di Bank of America (NYSE: BAC) Securities mendapati data menunjukkan pekerja mula kembali bekerja seperti biasa dengan perjalan darat dan udara semakin meningkat. Mereka menyatakan bahawa data kad kredit dan debit juga menunjukkan kenaikan yang lebih tinggi dalam pembelian baru dan penurunan pengembalian dana, “ini membawa tanda bahawa orang ramai mula terlibat dalam aktiviti rekreasi, yang bertepatan dengan penurunan kes Covid-19.”

Petunjuk pasaran buruh adalah bercampur pada bulan September.Tinjauan dari Dewan Persidangan minggu lalu menunjukkan pandangan pengguna terhadap keadaan pasaran buruh semasa semakin lemah. Disisi lain, jumlah orang dalam daftar pengangguran negeri menurun pada pertengahan September berbanding pertengahan Ogos.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Reuter terhadap pakar ekonomi, data NFP dijangka bakal menambah 490,000 pekerjaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat