Jangan Sebar Maklumat Palsu, Sampai Ada Yang Maut Minum Air Kencing Lembu!

256

Gara-gara berkongsi maklumat palsu mengenai Covid-19 di media sosial, sekurang-kurangnya 800 orang dilaporkan maut di seluruh dunia.

Perkara itu didedahkan menerusi kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Tropical Medicine and Hygiene.

Menurut kajian terbabit, kira-kira 5,800 orang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas membaca maklumat palsu di media sosial.

Kebanyakan daripada mereka maut akibat minum metanol atau produk pencuci berasaskan alkohol kerana percaya produk tersebut merupakan penawar kepada Covid-19.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan maklumat palsu berkaitan Covid-19 tersebar dengan cepat dengan pelbagai teori, khabar angin dan stigma budaya menyumbang kepada kematian dan kecederaan.

Antara perkara yang dilakukan oleh mangsa adalah makan bawang putih dan vitamin dalam kuantiti yang banyak yang didakwa boleh mengelakkan jangkitan. Malahan ada juga yang bertindak minum air kencing lembu!

Jelas para penyelidik, tindakan terbabit berpotensi memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.

Ujar kajian berkenaan, menjadi tanggungjawab agensi antarabangsa, kerajaan dan platform media sosial untuk menyekat maklumat palsu tersebut.

Firma-firma teknologi dikritik hebat kerana lambat bertindak menyekat penularan maklumat palsu di media sosial.

Selain itu, khabar angin atas talian turut pelbagai insiden buruk seperti serangan beramai-ramai di India dan kes keracunan besar-besaran di Iran.

Media sosial turut memberi kesempatan untuk ‘si penipu’ mengambil kesempatan ketika musim pandemik ini. Terdapat laporan penjenayah terbabit menjual ‘supplemen mineral ajaib’ yang didakwa adalah penawar tetapi sebenarnya merupakan bahan peluntur.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat