Jangan Seronok Awal Sangat, Fasa ‘Bearish’ Kripto Belum Berakhir!

165

“Siap ada 3 fasa, masih jauh perjalanan kripto untuk naik lagi.”

Selepas mengalami kejatuhan drastik sepanjang tahun 2022, pasaran mata wang kripto akhirnya melihat peningkatan positif pada awal Januari namun pakar memberi amaran bahawa aset digital bakal memasuki fasa terakhir bearish.

Keseluruhannya pasaran bearish mempunyai tiga fasa berbeza, di mana fasa pertama digelar “The Unwind” yang membawa maksud kebanyakan para pelabur akan berpusu-pusu membeli sejumlah kripto ketika harganya susut.

Sementara fasa kedua adalah “Capitulation” apabila harga kripto seperti Bitcoin (BTC) junam sebanyak 90% dan akibatkan syarikat yang tawarkan perkhidmatan aset digital harus memberhentikan operasi mereka.

Terakhirnya ialah fasa ketiga yang diistilahkan sebagai “Exhaustion” susulan pakar berpendapat peringkat tersebut akan menyebabkan pergerakan harga kripto berada dalam momentum mendatar.

Perlu diingatkan bahawa pelabur mungkin mengalami keadaan sukar dalam tempoh terdekat ini apabila harga kripto mula susut sedikit demi sedikit dan pedagang pula bertindak meninggalkan pasaran sepenuhnya.

Meskipun begitu, kebanyakan pelabur yang tidak terburu-buru menjual pegangan kripto masing-masing semasa pasaran bearish akan memperoleh keuntungan lumayan berbanding mereka melakukan tindakan sebaliknya.

Sehingga kini, pasaran aset digital global melihat penurunan pada $1.05 trilion dan jumlah dagangannya pula tergelincir 10% pada $50 bilion dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat