Jangan Tanya Kenapa USD Jadi Begini Sebelum FOMC, Ini Sebabnya!

480

Terima kasih kepada data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kuat daripada jangkaan, US dolar berjaya mendapatkan sokongan untuk meningkat pada sesi New York.

Walaupun data PMI pembuatan ISM AS dicatatkan sedikit perlahan pada bulan Oktober daripada bacaan sebelumnya, namun laporan JOLTS menunjukkan jumlah pembukaan pekerjaan meningkat kepada 10.7 juta pada bulan September, jauh mengatasi jangkaan.

Ekoran itu, US dolar melonjak tinggi seiring dengan lonjakan hasil bon AS 10 tahun ke paras tertinggi harian, manakala pasaran Wall Street pula merosot pada sesi terdahulu.

Bagaimanapun, keuntungan yang diraih tersebut sedikit berkurangan pada sesi Asia hari ini berikutan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 3.75%-4% dengan penggubal dasar juga diramal akan menawarkan kenyataan untuk memperlahankan kadar pengetatan.

Sekiranya benar, ia mungkin boleh mendorong penurunan dalam dagangan US dolar dan perkara sebaliknya berlaku jika Fed masih terus hawkish untuk melaksanakan kenaikan lebih besar.

Dalam pada itu, mata wang pound sedikit meningkat selepas mengalami kejatuhan pada sesi sebelumnya, dengan tumpuan pasaran turut disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

Sementara kebanyakan mata wang utama lain pula memaparkan pergerakan mendatar berikutan pelabur yang mengambil langkah berhati-hati sebelum acara besar dari dua bank pusat utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat