“Jangan ingat pasaran kripto akan jatuh senang-senang walaupun dibenci oleh SEC.”
Seluruh pasaran mata wang kripto semakin bersinar apabila isu berkenaan Blackrock dan WisdomTree memfailkan untuk Bitcoin (BTC) ETF sejak kebelakangan ini raih perhatian di kalangan para pelabur sehingga menyebabkan harga BTC menembusi $30,000.
Rentetan itu, pengawal selia Amerika Syarikat (AS) kini haruslah bertanggungjawab dan sedaya upaya melaksanakan rangka kerja yang jelas untuk pasaran kripto agar bursa aset digital termasuk pelabur dapat mematuhinya tanpa sebarang rintangan.
Namun perlu diingat bahawa kripto dapat menjadi hujah pertama dalam kempen pilihan raya presiden AS 2024.
Suka dimaklumkan terdapat juga pelbagai spekulasi yang mengatakan beberapa lagi syarikat besar turut bakal memfailkan permohonan spot BTC ETF dalam beberapa minggu akan datang.
Meskipun begitu, komuniti harus memberi perhatian dan melihat bagaimana Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS mendekati permohonan tersebut dalam membuat keputusan mengenai kelulusan atau penolakan.
Selain permohonan BTC ETF yang berpotensi mengembangkan pasaran kripto dalam beberapa bulan akan datang, acara BTC Halving pada tahun 2024 juga berupaya menyumbang untuk pertumbuhan aset digital.
Dilaporkan baru-baru ini, lebih separuh daripada top syarikat dalam senarai Fortune 100 telah terlibat dalam projek berkaitan kripto sejak dua hingga tiga tahun lalu.
Menariknya, jumlah penyertaan kripto tertinggi telah berlaku pada suku pertama tahun 2022, sebelum kejadian itu berlaku harga BTC memuncak pada $68,000 tetapi pada masa ini aset digital itu turun semula pada $30,000.