Jangan Terlepas Ketahui Sentimen Pasaran Menjelang Sesi NY

669

Kebanyakan matawang utama masih lagi mempertahankan keuntungan yang diraih sejak awal minggu, disokong oleh berita yang menyatakan varian covid Omicron adalah kurang agresif dari difikirkan pada awalnya.

Sementara pegangan terhadap safe-haven terus berkurang, menyaksikan matawang yen melemah di sekitar paras terendah satu minggu berbanding US dolar selain turut terkesan dengan bacaan data ekonomi Jepun yang kurang memberangsangkan.

Permintaan terhadap dolar greenback juga menurun, menyebabkan raja matawang itu didagangkan suram ketika pelabur mula berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat pada hari Jumaat.

Meneliti pergerakan matawang berisiko, dolar Aussie terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan lebih tinggi, menghampiri paras ketinggian satu minggu berbanding USD.

Selain itu, sokongan dasar oleh China untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu sektor hartanah negara juga mengekalkan sentimen positif dalam pasaran untuk memberi kekuatan buat matawang sensitif risiko itu.

Matawang pound pula berlegar di sekitar harga yang sama berikutan kewaspadaan pelabur di tengah-tengah peningkatan kes Omicron di UK. Sebanyak 101 kes baharu Omicron telah direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah terkini meningkat kepada 437.

Euro masih mengekalkan keuntungan dari bacaan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW walaupun reaksi yang dipamerkan sedikit lambat, di samping turut mendapat dorongan daripada kemerosotan greenback.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat