Jangan Tertinggal! Polygon (MATIC) Belum Akhiri Siri Lonjakan Harga?

597

Pada pembukaan pasaran minggu ini tampaknya menyaksikan pergerakan harga kripto yang kekal dengan corak konsisten, kebanyakannya menunjukkan pergerakan harga yang positif.

Sesi dagangan bulan Ogos, Matic menunjukkan corak pertumbuhan harga yang garang menghasilkan 55% lonjakan mencapai paras tertinggi $1.56.

Baru-baru ini, Polygon telah memulakan proses penggabungan Hermez ke dalam ekosistem Polygon yang beroperasi dibawah nama baru ‘Polygon Hermez’.

Penggabungan tersebut merupakan usaha terbesar ke medan penskalaan ZK sebagai tumpuan strategik untuk bergerak lebih maju ke hadapan.

Seterusnya, melihat pada carta pergerakan semasa harga MATIC/USDT.

Pergerakan harga dilihat mula menunjukkan peningkatan harga yang memberangsangkan pada minggu lalu menghasilkan 50% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.

Pergerakan harga pada dagangan semalam kelihatan terus menembusi paras resistance sekitar $1.5 dan membuat paras tertinggi terbaru.

Namun pada dagangan hari ini, harga Matic dilihat membuat sedikit penurunan samada membuat correction atau bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Sekiranya harga Matic berjaya kekalkan trend bullish, paras resistance sekitar $1.5 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan bakal membuat paras tertinggi terbaru.

Jangkaan lebih tinggi bakal berlaku jika Matic berjaya menembusi paras rintangan $1.56.

Akan tetapi, sekiranya Matic kembali menunjukkan corak penurunan, paras RBS (resistance become support) sekitar $1.3 bakal menjadi tumpuan untuk diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, Matic didagangkan pada harga sekitar $1.45 susut lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto MATIC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat