Jangkaan Penurunan Harga Meleset, Sebaliknya EUR/USD Pamer Kenaikan

580

US dolar gagal mengekalkan pengukuhan pada minggu ini menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kejatuhan nilai ketara raja mata wang tersebut pada sesi Eropah dan New York semalam.

Menjadi faktor utama menekan US dolar adalah penurunan pada hasil perbendaharaan 10-tahun AS ke bawah paras 1.70 semula. Setakat sesi Asia di pagi Jumaat, hasil perbendaharaan berlegar di sekitar paras 1.67.

Penganalisis pasaran melihat situasi ini adalah reaksi pelabur terhadap pengumuman Presiden AS Joe Biden untuk program bantuan ekonomi bernilai $2.3 trilion beliau yang dilihat akan mencetuskan pemulihan ekonomi global yang lebih pantas.

Penyusutan US dolar telah kembali memberi ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran untuk mencatatkan peningkatan semula di penghujung minggu.

Ketara dilihat pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam apabila jangkaan untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah meleset. Sebaliknya harga meningkat untuk memberikan isyarat perubahan trend bullish.

Walaupun mata wang Euro dijangka untuk bergerak lemah susulan tekanan penularan virus di Eropah, namun Euro berjaya didagangkan meningkat berbanding US dolar.

Harga telah berjaya melonjak dari zon support 1.17200 dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga diteruskan sehingga sesi New York ke paras 1.17800 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut bersambung pada sesi Asia pagi ini.

Pergerakan harga kembali perlahan dengan kebanyakan bank ditutup sempena sambutan Good Friday. Pelabur akan berwaspada untuk pergerakan tak menentu pasaran menjelang laporan data NFP.

Sekiranya harga berjaya menembusi zon SBR 1.18000, trend bullish dijangka akan diteruskan sehingga minggu berikutnya dengan kenaikan harga akan sasarkan semula zon SBR 1.19000.

Namun jika harga kembali menjunam dari paras 1.17800, harga dilihat akan kembali semula ke zon support 1.17200-1.17000.

Seterusnya, penganalisis akan kembali mengunjurkan penurunan harga sehingga ke paras lebih rendah sekitar 1.16000 untuk menyambung semula trend bearish sejak minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat