Jcorp Beli Kepentingan Ekuiti Damansara Holdings Bernilai RM78.9 Juta

758

Johor Corporation Berhad (JCorp) melalui syarikat tujuan khas iaitu Absolute Ambient Sdn Bhd (AASB) bercadang untuk membeli 49.57% kepentingan ekuiti dalam Damansara Holdings Bhd (DHB).

Menerusi langkah pembelian kepentingan ekuiti dalam firma pengurusan kemudahan dan pembangunan hartanah itu, ia akan meliputi jumlah sebanyak RM78.91 juta.

AASB dalam masa yang sama telah menandatangani perjanjian bersyarat untuk melaksanakan pembelian 157.82 juta saham daripada pemegang saham terbesar DHB, Seaview Holdings Bhd pada paras 50 sen sesaham.

CIMB Investment Bank menyatakan JCorp telah membuat penilaian bahawa perniagaan kumpulan DHB adalah pelengkap kepada perniagaan yang sedang dilaksanakannya di bawah segmen hartanah dan infrastruktur.

Selain itu, pelaksanaan cadangan itu juga dijangka bakal memberi peluang kepada JCorp untuk mengukuh dan memperluaskan kemampuannya serta operasi pengurusan hartanah sedia ada.

Pada 4.05 petang, harga saham DHB merosot 5.10% kepada 46 sen dengan memiliki nilai permodalan pasaran sebanyak RM148.05 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat