JDT Fan Token Hiasi Logo Jersi Terbaru Kelab JDT 2023!

1,530

“Wow terbaiklah JDT siap buat fan token, yang lain bila lagi?

Sudah sedia maklum syarikat sukan terkemuka dunia, Nike telah menaja Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT sejak tahun 2014, di mana kali ini jersi skuad Harimau Selatan itu bakal menampilkan kelainan dengan bertemakan “Elevate The Game”.

Menerusi paparan dalam video klip berdurasi 1 minit, jersi JDT mempunyai dua jenis rekaan, di mana jersi ‘Home’ melihat corak ‘camouflage’ sambil mengekalkan warna identiti bendera Johor iaitu merah dan biru.

Manakala jersi ‘Away’ pula mengekalkan warna utama putih termasuk adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi tersebut.

Umum mengetahui bahagian depan jersi yang sebelum ini memaparkan Unicef telah digantikan JDT Fan Token sebagai sebahagian daripada hasil kerjasamanya dengan Socios.com, platform ‘fans engagement’ dan ganjaran.

Suka dimaklumkan bahawa Socios.com juga pernah memeterai perjanjian dengan beberapa kelab ternama di Eropah, seperti Barcelona, Inter Milan, Paris-Saint Germain, Juventus dan lain-lain.

Fan Tokens ($JDT) adalah aset digital yang membenarkan komuniti mengakses pelbagai utiliti, antaranya mengakses beberapa pengalaman unik seperti dapat bertemu dengan pasukan selepas perlawanan berakhir.

Selain itu, pemegang $JDT juga membenarkan mereka membeli barangan JDT secara murah di samping berpeluang memenangi aset metaverse JDT FC serta akses awal untuk jualan koleksi non-fungible token (NFT).

Keseluruhannya, kebanyakan peminat setia JDT berpuas hati dengan rekaan jersi musim ini dan turut memuji ia lebih cantik daripada tahun lepas, di mana jualan jersi ‘Home’ JDT mendapat sambutan hangat dan menjadi rebutan para pengumpul jersi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat