Jeff Bezos Berjaya ‘Sentuh’ Angkasa Dengan Roket Blue Origin

890

Tanggal 20 Julai 2021 menjadi sebuah detik yang bersejarah bagi individu terkaya di dunia, Jeff Bezos setelah berjaya melancarkan roket milik syarikat Blue Origin’s New Shepard untuk terbang ke angkasa.

Kapsul yang membawa kru Blue Origin mencapai ketinggian sejauh 66.5 batu (107 km) dan roket itu terbang dengan tahap kelajuan tertinggi 2,233 mph semasa pelancaran di padang pasir Van Horn, Texas.

Jutawan Amerika yang berusia 57 tahun itu mengenakan sut penerbangan biru beserta topi koboi selepas melakukan penerbangan ke pinggir ruang angkasa yang berlangsung selama 10 minit 10 saat.

“Hari yang paling terbaik” kata Bezos setelah selamat mendarat semula bersama angkasawan tertua dan termuda di dunia.

Menurut Bezos, pelancaran penerbangan ruang angkasa pertama ini merupakan langkah kecil untuk mengembangkan lagi armada kapal angkasa yang boleh digunakan semula.

“Ini adalah satu-satunya cara untuk membina jalan menuju ke ruang angkasa sehingga anak-anak kita dapat membina masa depan,” tambah Bezos.

Penerbangan itu berlangsung pada ulang tahun ke-52 Neil Armstrong dan Edwin “Buzz” Aldrin yang menjadi manusia pertama berjalan di bulan. Selain itu, Alan Shepard pada tahun 1961 telah menjadi orang Amerika pertama di angkasa.

Di samping itu, pesaing utama beliau, Elon Musk juga ada merancang untuk menghantar kru dalam misi orbit beberapa hari di kapsul Crew Dragon miliknya pada September.

Musk pada sebelumnya mengucapkan selamat maju jaya kepada kru Blue Orgin.

Richard Branson juga mengucapkan tahniah kepada Bezos setelah misi tersebut melalui ciapan Twitter miliknya richardbranson.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat