Jejaki Prestasi Wall Street Selepas Minit FOMC, Bursa Dibuka Bercampur

190

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.32 mata pada 1,602.40 daripada penutupan Rabu pada 1,604.72.

Indeks dibuka kukuh 0.79 mata pada 1,605.51.

Ia dibuka sedikit tinggi sebelum berundur selepas menjejaki prestasi lemah di pasaran global apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Sayrikat (AS) mengesahkan pendirian hawkish dalam minit mesyuarat terbaharu.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 226 berbanding 120, manakala 230 kaunter pula tidak berubah, 1,660 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 124.98 juta unit bernilai RM66.11 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan berdasarkan prestasi negatif Wall Street semalaman, mereka menjangkakan aktiviti pengambilan untung akan muncul pada bursa tempatan terutamanya pada sektor teknologi.

Selain itu, mereka turut menjangkakan sektor bertemakan pemulihan akan kekal positif dengan keadaan semasa selepas pembukaan semula sempadan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 4 sen pada RM8.85, Public Bank Bhd kurang 1 sen pada RM4.70 dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 2 sen pada RM5.28 sementara Petronas Chemicals Group Bhd naik 11 sen pada RM10.10 dan IHH Healthcare Bhd capai 6 sen pada RM6.45.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) susut 2 sen pada RM1.08, Tanco Holdings Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) naik 0.5 sen pada 40.5 sen dan 64.5 sen sementara Techna-X Bhd dan TWL Holdings Bhd kekal 8.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 mengurang 21.39 mata pada 11,180.22, indeks FBM Emas melemah 23.17 mata pada 11,526.87, indeks FBM Emas Shariah menurun 23.12 mata kepada 12,176.29, FBM 70 menjunam 47.89 mata pada 14,033.76 dan FBM ACE menyusut 26.15 mata pada 5,844.13.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 37.73 mata pada 16,758.02 dan indeks Perladangan menghilang 16.87 mata pada 8,300.67 sementara indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memekar 0.20 mata pada 211.83.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat