Jenama Kasut Terkenal Ini Catat Untung $185 Juta Dari Jualan NFT

338

Nike, jenama kasut terkemuka, berjaya menjana $185 juta melalui teknologi non-fungible token (NFT) yang terbukti adalah saluran perniagaan berasaskan pengguna terbaik dalam pasaran.

Sebagai rekod, NFT berjaya memberikan impak yang besar kepada industri fesyen pada tahun lepas, misalnya jenama Dolce & Gabbana (D&G), Gucci, Tiffany dan Adidas berlumba-lumba menceburi pasaran aset digital.

Dan Nike dilihat mendahului perlumbaan dengan melancarkan beberapa projek NFT yang popular.

Dari sudut pandangan Nike, NFT berasaskan blockchain ini merupakan peluang besarnya berinteraksi dengan pelanggan secara mendalam serta mengelak campuran orang ketiga dalam perniagaan.

Oleh itu, Nike telah mengambil beberapa langkah berani untuk meningkatkan jualan NFT dengan menggabungkan alam maya dan hak penjenamaan ikoniknya, termasuklah mempercepatkan strategi Web3.

Menurut data Dune Analytics, Nike telah mengumpulkan jumlah volum transaksi bernilai $1.3 bilion.

  • Selain itu, Nike telah menjana $93 juta daripada jualan utama NFT serta menjana $92 juta dalam bentuk royalti.

  • Manakala CloneX merupakan salah satu koleksi Nike berprestasi tinggi yang menjana royalti berjumlah $40 juta.

  • Prestasi kedua terbaik adalah koleksi NFT bertemakan Nike Sneakers MNLTH berjumlah $25 juta.

  • Koleksi Nike NFT seperti Mint Vial, Skin Vail dan CryptoKick telah menjana $1 juta dalam yuran royalti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat