Jepun, Belanda Sertai Amerika Sekat China!

287

Jepun dan Belanda menjadi sekutu baharu Amerika Syarikat dalam melaksanakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan semikonduktor ke China.

Memetik kepada laporan Bloomberg, pegawai perunding dari ketiga-tiga negara itu bersedia untuk memuktamadkan rundingan tersebut pada hari Jumaat.

Difahamkan, Belanda dan Jepun akan memperluaskan larangan ke atas ASML Holding NV dan Nikon Corp daripada menjual mesin yang penting untuk membuat cip canggih tertentu kepada Beijing.

Usaha bersama itu dilihat akan memperluaskan lagi sekatan yang diumumkan oleh pentadbiran Biden pada Oktober tahun lepas.

Ia menyekat keupayaan China untuk mengeluarkan semikonduktor canggihnya sendiri atau membantu keupayaan ketenteraan dan kecerdasan buatannya dengan membeli cip dari luar negara.

Bertindak balas kepada langkah itu, Beijing memfailkan pertikaian dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia pada Disember bagi membatalkan kawalan eksport yang dikenakan itu.

Melihat impak laporan ini kepada saham berkaitan, Tokyo Electron yang menjual peralatan membuat cip ke China, susut kira-kira 1%.

Sementara Shanghai Semiconductor Manufacturing International Corp pula melanjutkan penurunan sebanyak 2.1%, manakala Hua Hong Semiconductor Ltd. merosot 1.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat