Jepun, China dan Korea Selatan Bersetuju Untuk Menentang Sebarang Bentuk Perlindungan Perdagangan!

61

Pemimpin Kewangan Jepun, China dan Korea Selatan bersetuju untuk menentang sebarang bentuk perlindungan dalam mesyuarat tiga hala yang dijalankan pada hari Jumaat, disamping mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap ekonomi utama G20 terhadap dasar perlindungan Presiden Trump.

Menurut menteri kewangan dan gabenor bank pusat bagi ketiga-tiga negara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat, mereka bersetuju bahawa perdagangan merupakan “enjin” yang paling penting dalam pertumbuhan ekonomi. Hal ini kerana, ekonomi yang membangun menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan jumlah pekerjaan.

Dalam kenyataan sama juga, mereka menyifatkan bahawa ketiga-tiga negara akan menentang sebarang bentuk perlindungan perdagangan.

China berpegang dengan pendirian untuk menyokong perdagangan bebas disaat Trump meletakkan kepentingan yang utama kepada Amerika Syarikat dan menarik diri daripada pelbagai perjanjian perdagangan dua hala.

Dalam perbincangan tersebut juga, ekonomi Asia dikatakan masih mengekalkan pertumbuhan yang mantap dan sedang dalam kitaran pemulihan khususnya dari segi pembuatan dan perkhidmatan.

Namun begitu, mereka menegaskan bahawa prospek risiko perlu ditangani dengan semua dasar yang perlu bagi mencapai pertumbuhan yang kukuh.

Ketiga-tiga negara juga mencapai kata sepakat untuk membina rangka kerja G20 menjelang kemuncak pertemuan kumpulan berkenaan yang bakal diadakan pada Hamburg pada Julai nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat